Pages

Wednesday, 11 July 2012

'love hate' relationship... it's definitely entertaining.


bila ada yang tanya apa favorite drama aku. aku ni bila masa lapang lebih suka tonton drama jepun, korea atau taiwan. aku suka drama yang telah diadaptasi dari 'komik'. gaya bersahaja pelakon dan skrip mereka selalunya menarik dan kelakar. kalau untuk cuci mata dengan tahap maksimum haruslah tonton versi korea sebab pelakon lelaki ya ampun! kacak sangat sangat! xD

masa mula-mula buat aku tertarik dengan drama dari negara lain adalah Meteor Garden (Taiwan). tak salah aku dalam 7 tahun lepas rasanya. terjadi secara kebetulan, aku balik dari kerja sedikit awal switch on the tv dan nah, ternampak seorang perempuan berambut panjang kecil molek bernama San Chai menengking memarahi dan terus menumbuk muka seorang lelaki bernama Ah Shi dengan kuat dihadapan semua pelajar. Ah Shi terkejut terkesima dengan reaksi San Chai. Tak pernah ada orang pun berani berdepan dengan Ah Shi sebelum ni.
.
dan Ah Shi ditumbuk oleh San Chai kerana sikap ego dan melampaunya membuli San Chai dan pelajar-pelajar yang tak disenangi di sekolah tersebut. San Chai seorang perempuan jiwa lembut tapi garang dan sangat berani untuk berdepan dan memarahi Ah Shi yang merupakan ketua F4 (empat anak orang bangsawan yang kacak tetapi sombong dan popular di Taiwan).
.
sejak saat itu Ah Shi punya perasaan yang berlainan terhadap San Chai. biarpun San Chai berasal dari keluarga yang miskin tetapi semangat dan jiwanya yang kuat berhadapan dengan masalah membuatkan Ah Shi jatuh hati dengannya tapi bukan mudah sebab Ah Shi mempunyai ego yang tinggi dan perangai luarannya yang kasar membuatkan San Chai semakin membencinya.
.
Setiapkali mereka bersua mereka akan berperang mulut dan situasi menjadi tegang dan mereka akhirnya berlalu dengan rasa sakit hati. namun begitu Ah Shi semakin rasa tercabar untuk memenangi hati San Chai biarpun dia tahu sebenarnya San Chai punya perasaan terhadap seorang anggota F4 bernama Lei.
.
segala cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Ah Shi untuk memenangi hati San Chai dan cabaran yang San Chai hadapi setelah benar-benar mengenali diri sebenar Ah Shi agak menyentuh perasaan. dan juga situasi hubungan cinta tiga segi antara San Chai, Ah Shi dan Lei menambah suspen untuk mengetahui siapa yang San Chai akan pilih sebagai teman hidupnya. banyak adegan yang mencuit hati dan boleh buatkan aku tersenyum dan ketawa dengan spontan.
.
dan kerana baru-baru ni aku ternampak di eight tv siri Boys Over Flowers versi korea. teringat aku pada Meteor Garden, siap korek balik dalam kotak lama cari vcd tu. barulah aku perasan rupa-rupanya drama pertama adaptasi komik tersebut adalah Hana Yori Dango (jepun), kedua Meteor Garden I and II (taiwan) dan terbaru Boys Over Flowers (korea).
.
aku dah tonton kesemuanya. dan semuanya aku suka. cuma kalau ikut yang mana paling menarik. aku paling suka Boys Over Flowers. heroinnya sangat cute dan pelakon-pelakon lelaki versi korea ler yang paling kacak dan bergaya okeh. oh oh, and Lee Min Ho is HOT! emmmm emmmph emmmm delicious xD
.
.
harap maaf ini memang entri gediks tak hingat. bertahan sahajalah uols baca eh. haha... ye-lah ye-lah, terpaksa mengaku 'im totally a sucker with 'love-hate relationship' love stories. (blushing) xD




No comments:

Post a Comment